HI GIRLS AND GUYS, THANKS FOR STOPPING BY AT MY SIMPLE BLOG..

Hari yang pelbagai emosi dan reaksi

Harini aku tak seceria dulu. Aku tak tahu nak buat ekspirasi apa. Adakah aku sudah berubah? Dulu aku ceria, ramah dengan orang yang aku rase aku boleh join, tak henti cakap, banyak ragam yang aku pamerkan. Tapi sekarang, semua tu bagaikan hilang sekelip mata. Dan aku pasti itu hanya sementara. Aku tak mahu ia kekal tanpa perasaan.


Harini aku murung. Aku sepatutnya keluar berjumpa teman teristimewa tapi itu cuma hayalan semata. Apa yang dirancang semuanya tak menjadi. Dari malam tadi aku rase sayu. Tapi aku kawal dan tidak mahu dia ketahui. Kerna esok aku akan berjumpanya iaitu hari ini. Seronok aku mendengar dia cerita, mahu dibawa aku membeli-belah, tengok wayang, atau kita pergi Genting Highland. "Seronoknya!" kata hatiku. Tapi aku was-was dapatkah aku merasai keseronokkan itu?


Harini aku menangis. Aku sedih tapi aku tak mara. Aku tak boleh pentingkan diri aku. Pasti ada sebab kenapa dia buat begitu. Aku tunggu dia, aku tunggu panggilan dia. Tapi masih tiada. Sampailah lewat tengah hari, aku masih menunggunya...sampai keluargaku mengajak menghadiri kenduri khawin jiran sebelah di dewan seberguna. Aku memang tak mahu ikut, aku begitu yakin yang aku tidak akan dapat berjumpanya. Jadi aku ikut menghadiri kenduri itu.


Harini aku hilang kata-kata. Aku masih menunggunya, sampailah satu saat. Dia menelifon aku, tika aku sedang makan. Hati kecilku riang! mendapat panggilannya. Tapi aku segan nak menjawab panggilanya di hadapan tetamu lain yang hadir. Aku biarkan panggilanya tetapi aku menghantar sms kepadanya. Walaupun aku masih dalam kemurungan. Aku cuba mengawalnya tanpa pengetahuan yang lain.


Harini aku berasa benci! Rupanya semasa die menelifon aku die sudah berada di tempat yang sepatutnya menjadi tempat pertemuan kita. Tapi aku masih berada di majlis kendiri khawin. Kalaulah aku tahu dia dalam perjalan ke sini. Tidaklah aku ikut keluargaku. Kenapalah aku tak katakan TIDAK! Salah aku juga. Tapi aku sememangnye benci kerna dia tidak memberitahuku sebelum dia memulakan perjalanannya ke sini. Padahal, die akan memberitahuku jika die mahu ke sini. Tetapi kenapa sesudah dia sampai baru hendak diberitahu?


Harini aku bersabar. Aku tak boleh terlalu ego. Aku kena kawal perasaan aku itu. Aku memberitahunya supaya tunggu aku di situ. Sementara aku pulang kerumah. Tetapi dia mahu pulang untuk mandi dan apabila aku sudah sampai rumah beritahunya. Aku kata padanya pergi jangan kembali ini akan menyusahkannya kerna ulang-alik. Lagipun aku tiada mood mahu berjumpa denganya.


Harini aku tiada perasaan. Dia tidak puas hati kenapa aku sebegini. Kami berbincang menyelesaikan masalah aku dan dia. Dan aku buat keputusan untuk berjumpa dengannya. Tapi, perjumpaan aku dengannya tidak menjadi kerana dia kemalangan sewaktu ingin berjumpa denganku.


Harini aku tidak puas hati. Kenapa tiap kali bila dia ingin berjumpa denganku pasti akan berlakunya sesuatu yang tidak dapat di elakkan. Adakah hubungan aku dengannye tidak akan bahagia? Aku buntu. Kenapa semua yang dirancang pasti ada saja masalahnya. Tapi aku kena bersabar. Kerana setiap kehidupan pasti ada ujian mahupun halangan. Aku hanya mampu berserah pada yang maha ESA..


Harini aku berubah. Padahal itu sememangnya diriku. Teruk sangatkah diriku ini? Ketara sangatkah perubahanku ini? Cepat marah sangatkah aku? Rasa nak gaduh sajakah aku? Katanya dulu aku tak macam ni aku dulu ceria, tak suka marah-marah apatah lagi gaduh dengannya. Padahal itu sememangnya aku yang aku cuba nyorokkan supaya die gembira bersamaku. Tapi dia macam tak dapat nak terima perubahan mood aku yang begitu grastik. Teruk sangatkah aku?


Hipokritkah aku?


Dan harini juga aku amat BAHAGIA! Harini aku ketahui bahawa tidak semua orang bertuah dalam menempuh hari-hari yang mendatang. Setiap kehidupan pasti ada halangan dan batasan. Ini yang membuatkan aku semakin merindui dan menyayanginya. Akhirnya kini aku tahu bahawa setiap manusia pasti ada kelebihan yang tersendiri walaupun dia tidaklah sehebat mana, tapi dengan dialah aku kini kenal mana fantasi mahupun realiti. Dengan dia jugalah aku tahu adat dan batasan-batasan orang bercinta. Terima Kasih padanya.
 Aku sayang dia!! 
♥ Thanks for Reading Entry Fic! Like if you Love! ♥

No comments: