HI GIRLS AND GUYS, THANKS FOR STOPPING BY AT MY SIMPLE BLOG..

Berharap Ini Bukan Yang Terakhir..

Assalammualaikum.. Fic nak bercerita ni..

Pada Rabu 14/12/11, saya pergi ke Kemunting, Taiping untuk berjumpa dengan kekasih hati saya. Saya pergi menaiki bus dari Klang Sentral pada pukul 10pagi. 
Dia seronok sangat untuk berjumpa dengan saya. Dan dia juga berharap yang saya boleh tinggal lama dengannya.

Saya sampai dalam pukul 4petang, dia datang bersama Asfar untuk menjemput saya di Perhentian Bus, Kemunting. Saya tengok dia semakin kurus. Tapi dia sangat bersemangat apabila berjumpa saya.
(dia menyembunyikan kesakitannya untuk bersama dengan saya! Semata-mata tak nampak lemah di hadapan saya..)  


Sepatutnya saya membawanya untuk berjumpa dengan Prof Zakiah Ahmad di Muzium Taiping, untuk rawatan dia. Tapi saya tidak membawanya ke situ. Disebabkan dia mahu saya bersamanya untuk 2 malam. Jadi, saya fikir esok (Khamis) masih ada. Padahal, Prof tu tiada pada keesokkan harinya. 
(di sebabkan saya tangguh kerja, saya dah menyusahkan orang lain.. maafkan saya!) 


Jadi, saya hanya luangkan masa bersamanya. Saya tatap wajahnya sepuas hati saya. Kerana saya takut ini yang terakhir untuk saya melihatnya. Sebelum dia pergi meninggalkan saya untuk selamanya.
(Baca entri Friday Emotion, Salam Maal Hijrah dan Mak..Maafkan Fic kalau nak tahu hal yang sebenar)  


Setiap bahagian badannya mesti ada luka-luka mahupun parut. Bekas operation yang pernah dia buat dulu. Badan dia mudah mendapat luka jika dia tak menjaga diri dengan sempurna.


Saya senang melihat dia makan dengan berselera. Selalunya dia pasti bagi alasan tak mahu makan apabila saya menelifonnya untuk menanyakan keadaannya yang jauh di mata. 


Pada hari Khamis, dia nak sangat menonton wayang bersama saya. Jadi kami menonton cerita SONGLAP, pada pukul 12.15malam. Ceritnya menyeronokkan, lawak, lagak ngeri dan banyak pengajaran untuk para remaja tentang realiti sebenar kehidupan.
*nak tahu ceritanya? Kene la tonton sendiri 


Sekurangnya kekasih saya terhibur, daripada asik memikirkan tentang kesihatannya. Apa yang penting bagi saya adalah untuk memastikan dia gembira. Sebelum memulakan rawatannya.  


Setelah selesai menonton cerita tersebut kami terus balik ke bilik untuk beristirehat. 


Jumaat, sepatutnya saya balik ke Klang pada hari tersebut. Tapi, saya tetap mahu menemankannya untuk membuat rawatan. Jadi saya tinggal untuk sehari lagi. Tapi, Prof tu tetap tiada. Dan duit saya makin berkurangan. Kami hanya dapat bersarapan untuk menjimatkan kos sara diri. Saya rancang untuk overnight di Mc'D tapi, keadaannya tak meyakinkan saya. 


Saya menyuruhnya untuk meminta bantuan kewangan daripada adiknya. Tapi, tak menjadi. Jadi, saya meminta keizinannya untuk meminta bantuan dari abang angkat saya. Abang saya sudi membantu asalkan saya dapat mencari penguna kad Maybank mahupun CIMB untuk transfer duit. Ataupun, dia menyuruh saya untuk tinggal di rumah maknya di area Taiping Sentral tu. Tapi, bagaimana dengan kekasih saya? Saya tak kan tinggalkan dia, sebab saya tak nak pentingkan diri.


Saya jadi binggung, saya tanya dia, tapi, dia marahkan saya. Katanya saya macam bagi tekanan padanya sebab saya banyak tanya dia. Jadi die suruh saya pergi rumah mak abang dan tinggalkan dia sendiri di situ. Tapi saya TAK AKAN TINGGALKAN DIA!  
 (saya tak sepatutnya bagi dia tekanan nanti keadaan dia makin teruk.. Tapi, saya dah melakukannya! MAAFKAN SAYA! ) 


Saya marah dia! Saya tolak kaki dia, kemudian saya pergi ke toilet tinggalkan dia sendiri. Saya menangis dalam toilet tu sebab dia suruh saya tinggalkan dia. Saya cepat-cepat berhenti nangis sebab tak mahu dia risau. Pulang je saya tengok dia dah kemas-kemas barang masuk dalam beg, sekali dengan laptop. 


Kemudian dia pergi ke toilet untuk makan ubat, saya dah mula risaukan dia sebab lambat datang balik. Takut dia pengsan!Tak lama kemudian dia datang. Saya senyap je, tak mahu bercakap dengannya. EGOnya saya masa tu. Selang beberapa minit tiba-tiba dia bangun dan kata pada saya yang dia menyuruh saya pergi ke rumah mak abang. Kemudian dia pergi. Saya terkedu seorang diri dalam ramai-ramai orang yang saya tak kenal di Mc'D tu. 


Tuhan je yang tahu bagaimana perasaan saya ditinggalkan sendirian di tempat asing. Rasa nak nangis je! Tapi saya tahan.
(takkan nak nangis kat tengah-tenggah orang ramai kat Mc'D tu?! Kalau orang yang perhatikan kami berdua pasti tahu yang saya sudah ditinggalkan! ) 


Saya call dia, tapi dia letak panggillan saya. Saya bawa beg saya untuk cari dia, dalam pemikiran saya hanyalah kesihatan dia! Saya call banyak kali sampai dia angkat. Saya tanya dia di mana, dia cakap dia nak balik dan suruh saya tinggal di rumah abang pastu dia letak.


Saya call lagi dah saya tanya dia di mana? nada suara saya macam nak nangis+marah dia cakap dia kat depan Tesco dan nak balik jalan kaki. Saya suruh dia tunggu saya, dan dia tunggu. Bila dia di hadapan saya, saya letak beg dan saya menangis. Dia angkat beg tu, pastu saya jalan je, dengan sedih-sedih tu. 


Sampai di hadapan homestay, dia bagi beg saya, tapi saya tak mahu amik saya mahu dia ikut saya. Tapi dia mahu terus balik jalan kaki dalam pukul 1pagi tu. Dengan keadaan dia yang macam tu. Jadi, saya tarik dia! Saya marah dia! Saya suruh dia ikut saya masuk. Saya check-in, malangnya bilik penuh tinggal 1 bilik je yang tinggal. Saya tak kisah tidur di lantai, asalkan die selamat. 


Dalam bilik tersebut saya marah dia, sebab tinggalkan saya sendirian macam tu. Mula la nangis yang saya tahan tadi, dia pon nangis di hadapan saya, dia pelok saya, tapi saya tolak dia kuat. Dia pelok saya lagi, dia tak nak lepas. 


Tiba-tiba dia jadi lemah dan sesak nafas, saya jadi risau+sedih sangat! Dia jadi macam lumpuh tak boleh bergerak. Hanya nama ALLAH swt yg saya sebut dalam hati saya. Saya panggil dia, saya seru namanya. Mujurlah dia masih bernafas, walaupon sekat-sekat dan cuma dia tak boleh nak bergerak langsung. Jadi, saya terpaksa mengangkatnya di atas katil. Saya tarik dia, tapi dia asik cakap 
"MAAFKAN SAYANG.." 


(Saya cakap yang saya sentiasa maafkannya, sejak kita mula kenal lagi)


Saya kata padanya yang saya mahu belikan dia minuman atau makanan atau ubat walaupun duit ade ringgit-ringgit je. Tapi dia pegang saya kuat. Dia tak mahu saya pergi tinggalkan dia. Jadi saya hanya masakkan dia air. 


Dia kata dia sesak nafas, susah dia nak bernafas. Jadi saya temankan dia malam tu. Saya kene pastikan yang dia masih bernafas. Kerna saya tak sanggup kehilangan dia.


Sabtu, sepatutnya harini dia ada temu janji dengan Prof tersebut. Saya ingatkan siang, boleh la saya temankan dia sebelum saya pulang, tapi, malangnya mereka kata malam. 
(bukan rezeki saya)  


Pagi tu, kami tak makan langsung. Kami pulang ke Kemunting, berjumpa Asfar yang tunggu kami di situ untuk pergi ke rumah Mak angkat kekasih saya untuk pinjam kad Maybank. Perjalanan kami jauh dengan hanya berjalan kaki. Tapi, dia masih bertenaga untuk berjalan. 


Sesampai di rumah mak, saya mintak tolong abang untuk transfer duit. Dia bawak saya naik motor dengannya untuk cari bank. Saya gembira sangat, walaupun hanya dapat naik motor dan berjalan dengannya di rumah kampung. Mak pon baik dan mesra. Saya bahagia bersamanya. Walaupun hidup tak semewah mana pon. 


Dapat je duit tu, kami terus pergi makan dapatkan balik sumber tenaga. Gembira tengok dia senang hati. Saya amik tiket pukul 4petang untuk balik ke Klang. Luangkan masa saat akhir dengannya. 


Sebelum dia buat rawatan yang boleh meragut nyawanya. Sepanjang perjumpaan kami dia selalu menyuruh saya untuk jaga diri..
(Honey hanya jage diri untuk sayang.. Sebab sayang janji nak sehidup semati dengan honey)


HONEY PASTI AKAN RINDUKAN SAYANG, AKAN KU RINDUKAN WAJAHMU SERTA PERWATAKANMU ITU..








♥ Thanks for Reading Entry Fic! Like if you Love! ♥

Mak.. Maafkan Fic..










Entri kali ini pasal diri Fic sendiri..
Dekat sini je yang boleh saya luahkan ape yang saya rasa sekarang ini.

Saya telah melakukan kesalahan pada mak sendiri.
Pada beberapa hari yang lepas, saya terasa hati dengan dia. Hanya sebab cara die tegur saya yang membuatkan saya terasa hati dengannya. 

Jadi saya tekad tak mahu bersua muka dengannya.
Dua hari saya tak keluar bilik, mak panggil saya buat tak tahu sahaja.
Saya akan makan senyap-senyap tanpa pengetahuan dia, kadang-kadang saya tak makan langsung semata tak mahu bersua dengannya.

EGOkan saya?
Saya sentiasa berfikir yang saya tak sepatutnya buat sebegitu pada mak saya sendiri, sebab sudah semestinya BERDOSA dan BERDERHAKA.

Walaupun saya tidak bersua muka dengannya saya tetap melakukan tugasan saya. Saya sanggup tidur lambat semata untuk lipat kain untuknya. Dan bila dia keluar rumah, saya simpan kain-kain tersebut di bilik masing-masing. Saya kemas ruang tamu supaya nampak lebih teratur.

Saya sebenarnya malu nak bersua muka dengannya.
Pada hari ketiga, saya memberanikan diri, saya keluar bilik dan saya basuh kain di halaman rumah. Dan pada masa tu saya tak tahu yang keluarga saya mahu keluar rumah. Tapi, saya tak ikut serta. 
(*ini la padah tak mahu keluar bilik dan tak mahu amik info pasal keluarga sendiri.. kan dah kene tinggal) 

Saya nampak mak saya, dia pun macam pelik kenapa saya tak ikut. Dengan saya yang hanya pakai baju biasa. 
*SAYA RINDUKAN DIA DAN WAJAHNYA!  

Sehari mereka keluar dan baru malam meraka pulang. Saya pula yang risau sebab mereka pulang lewat. 

Pada hari keempat, saya mula makan bersama keluarga. Tapi, saya lebih banyak mendiamkan diri. Saya tengok mak saya makin banyak rambut ubannya. Kesian mak saya, pasti penat untuk mendidik anak-anaknya. Maafkan saya mak.

Sampai hari ini, hari keeman, saya mula bercakap dengannya. Walaupun agak kekok. Saya cuba untuk membiasakannya. Dan harini, saya keluar bersamanya untuk membeli barang berserta dengan adik saya yang bongsu. 
(walaupun anaknya melakukan kesalahan, dia sentiasa memaafkannya, dan dia juga yang mulakan pembicaraan dengan anaknya) 
*I LOVE YOU MOM ALWAYS AND FOREVER!!~ 

Tapi, pada malam ini, saya terpaksa membohonginya di atas sebab yang mustahak. Saya perlu menyelamatkan nyawa seseorang. Maafkan saya mak! 
Sebab saya tahu, kalau saya jujur pada mak, mak pasti tak akan membenarkannya. Jadi saya terpaksa. Maafkan saya, maafkan anakmu ini.

Saya perlu menggunakan duit iaitu duit yuran pendaftaran UNISEL saya untuk berjumpa dengan seseorang yang hayatnya hanya tinggal beberapa hari sahaja. Saya perlu penuhi permintaannya. Maafkan saya.

Saya tahu saya bersalah besar. Saya sangat sedih bila saya terpaksa buat keputusan secara tiba-tiba. Dan saya kesal kerana saya terpaksa membohongimu. Dan saya berjanji, walau macam mana sekali pun, saya akan bertanggung-jawab di atas kesalahan saya ini.

MAAFKAN ANAKMU INI!
Maafkan saya Mak..



♥ Thanks for Reading Entry Fic! Like if you Love! ♥

Arwah Ibu Melawat Mayat Anaknya


Entry Fic harini pasal Arwah Ibu melawat mayat anaknya..
Fic dapat cerita ni daripada kawan kat FB ler..
Saja nak kongsi dengan korang semua yang masih tidak tahu..

Jom membaca! 

Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening. 

Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih,badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa. 

Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu,wajah jenazah semakin hitam. 

Selepas lima minit berlalu,barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya,tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya; apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya. 

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung. Ustaz," kata wanita itu. "Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya." kata wanita berkenaan dengan lembut. 

Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya,namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya. "Betulkah ini mayat anak mak cik?"tanya saya. "Mak cik rasa betul... tapi kulitnya putih." "Makcik lihatlah betul-betul." kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat. 

Tiba di luar saya bertanya kepadanya. "Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?" tanya saya. Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu."Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu,saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. " kata saya untuk menggertaknya. Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya. Sambil mengesat airmata, dia berkata, "Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun. Dia memang anak yang baik. Tapi..." tambah wanita itu lagi "apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang,anak makcik ini akan terus naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan." kata wanita tersebut. Jawapannya itu memeranjatkan saya. 



Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam.Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang.Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap.Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya. 

Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula. Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya. Selepas memperkenalkan diri, saya berkata, "Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang." 


Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut, "Orang tua mana pula?" katanya. Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya,tuturannya serta pakaiannya. "Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi.... emaknya dah meninggal lima tahun lalu!" Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi 'apakah' yang datang menemui saya pagi itu?Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah 'sesuatu' yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya. 


Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja,dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun. Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia. Kalau 80,000 tahun? 

♥ Thanks for Reading Entry Fic! Like if you Love! ♥