HI GIRLS AND GUYS, THANKS FOR STOPPING BY AT MY SIMPLE BLOG..

Salam Maal Hijrah yang PALING BERMAKNA!

Assalammualaikum dan Selamat sejahtera.


Sabtu 26/11/2011, adalah hari yang paling bermakna bagi saya.
*Kali ini entry dalam Bahasa Melayu pula yea!~^^

Salam semua, untuk post untuk kali ini, saya akan menceritakan tentang sebuah kisah yang sedikit sebanyak ada  berkaitan dengan Hijrah.

Pada entry yang lepas, saya ada menceritakan tentang kisah seorang yang berdendam, yang suka menyakitkan hati, dan yang suka membuli saya dan teman lelaki saya.
Tapi kali ini, apa yang saya harapkan sudah pun menjadi kenyataan walaupun tidak sepenuhnya. Ia berlaku dengan pantas semperna Maal Hijrah ini.
Orang yang saya maksudkan adalah adik kepada teman lelaki saya.
Selepas peristiwa "Friday emotion" saya betul-betul tidak menyangka bahawa dia (adik teman lelaki saya) telah cedera di sebabkan saya. 

Dia di masukkan ke dalam hospital di sebabkan kecederaan yang telah saya buat iaitu saya menyuruh seseorang untuk memukulnya hanya dengan sekali pukulan. Hanya untuk pengajaran, bukan suka-suka. (pukulan yang kuat sehingga masuk hospital!
MAAFKAN SAYA!)
Hanya di sebabkan emosi.

Saya rasa bersalah yang teramat sangat! Tapi saya takut untuk memohon maaf padanya, jadi saya menyuruh seseorang untuk melakukan sesuatu untuk saya. 
(sebab saya di Klang dan dia di Taiping)
Saya menyuruh mereka untuk menghantarkan sepohon pasu kecil bunga Daisy dengan nota "Sorry". 
Harap-harap dorang buat. Dan sambil itu juga, saya memberanikan diri untuk memohon maaf padanya.
Dan dia juga memohon maaf  pada saya!

*Saya sentiasa memaafkan kesilapan kamu sejak kita mula mengenali dahulu REV..

Saya berasa sangat lega bila menyebutkan kata maaf pada seseorang apabila saya sudah melakukan kesalahan. Walaupun ayat yang ringkas, tapi penuh dengan maksud yang bermakna.

Saya tidak pernah menyesal mengenali kamu, sebab kamu telah mengajar saya erti kehidupan yang sebenar. Walaupun pengenalan kita tidak sempurna, saya tetap menghargainya. 
Terima kasih saya ucapkan!

Semperna dengan MAAL HIJRAH ni telah banyak menyedarkan saya bahawa :
  • HIJRAH itu pengorbanan - pengorbanan seorang abang terhadap adik-adiknya.
  • HIJRAH itu perjuangan - perjuangan dalam kehidupan sebelum sampai ajalnya.
  • HIJRAH itu persaudaraan - berusaha menjaga persaudaraan walaupun pelbagai cabaran yang datang.
  • HIJRAH membentuk perpaduan - mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama manusia yang pelbagai jenis watak.

Sampai disini sahaja yea, saya harap entry saya kali ini dapat menyedarkan anda semua bahawa ALLAH swt. Sentiasa merancang apa yang terbaik buat hamba-hambanya yang telah banyak melakukan kesalahan. Dan lambat laun, semua yang berlaku pasti akan kembali seperti sediakala, cuma lambat mahupun cepat. Yang penting adalah kesabaran.








♥ Thanks for Reading Entry Fic! Like if you Love! ♥

No comments: